Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Kali ini saya ingin memberitahu anda tentang satu isu yang agak menarik, iaitu “Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..”semasa temuduga.

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

———————————————————————————————————
1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil
———————————————————————————————————-
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu..heheheh.

————————————————————————————————————
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga
————————————————————————————————————
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh
panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

————————————————————————————————————
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga
————————————————————————————————————
Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri
kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

———————————————————————————————————-
4. Ada Surat Sokongan/Kabel
———————————————————————————————————
Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan
hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita
mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

————————————————————————————————————
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.
———————————————————————————————————–
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

———————————————————————————————————–
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
———————————————————————————————————-
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria.
Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Kesimpulan saya:
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah
membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi dari saya. Terima kasih.

Sekian,
Admin Kerja-kerajaan.com
Untuk lebih detail dapatkan Panduan Lengkap Kerja Kerajaan dengan mengklik banner di bawah

Related Posts with Thumbnails