Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian - kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah…..

1. Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan
menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti
anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji
diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat
sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab
soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut
dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya
rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA
tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama
juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan
ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang
tepat yang diberikan oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran
menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari
penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah
yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap
keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu
menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan
baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan
boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk
mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya
mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan
saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang
yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana
setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan
merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG
ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang
berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian
ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk
jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga
kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1.Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga..saiko sikit dan melenting!

2.Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga terutamnya calon ‘girl’ la kan…hehehe

3.Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga..tahula diorang tu lulusan oversea jangan la berlagak kan..

4.Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel ” tolongla encik…kasihani la saya encik” sambil menangis teresak-esak..

5.Calon amat berlagak, menceritakan diorang anak Datuk, saudara menteri, ada kabel baik punye….sehinggakan hidung tu naik tinggi macam Piee Nana Tanjung..

6.Calon me”muncungkan” bibir apabila tidak suka akan panel yang menemuduga kerana bagi soalan power.

7.Dan bermacam-macam ragam lagi la….

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan kita.
Senang cerita – saiko…

Apa yang perlu kita perlu lakukan adalah :

1.Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi
kita bagaimana. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif, garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2.Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini, kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.

3.Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri). Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan
samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4.Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya.

5.Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6.Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7.Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dipohon.

Sekian saja tips dari saya yang tidak seberapa ni.

Sorry ye ayat saya taip ni sempoi2 je…Sekali-skala guna ayat
sempoi…hehehe

Topik kali ini adalah berkenaan….

“Perkenalkan Diri Anda..”

Wah, kacangnya soalan….

Ya.memang amat mudah soalannya…

Tapi, adakah anda mudah menjawabnya…ok, mari kita baca di bawah ini:

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.

Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan
”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.

Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.

Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:

1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya:)

2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda mohon..Jangan sekadar teori saja.

3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa…

Sekian saja dari saya….

Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)


Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt Abu…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat – ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini
“ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)?
Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu
untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA INGGERIS dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..

Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu anda dalam menguasai bahasa Inggeris..
anda memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya:



Sekian saja tips kali ni..jumpa lagi next week..see you soon:)

Daripada

JaMaL - Admin Kerja-kerajaan.com

p/s: dulu saya pernah beli panduan belajar cakap BI iaitu dari Linguaphone dekat RM2 ribu…last - last simpan dalam stor je..

p/s: Masih tercari - cari panduan lengkap untuk temuduga kerja kerajaan? Masuk web ni

Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Bukan kabel wayar tu ye tapi ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Betul ke macam tu?

Kalau betul, memang tidak adil langsung! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tak jujur.

Kalau saya, saya amat marah juga! Tapi apa boleh buat…

Sebelum kita berbincang selanjutnya mengenai ‘kabel’ ini, apakata saya berikan pandangan saya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian saya mengenai isu ‘kabel’ ini.

‘Guna Kabel’ – bermaksud seseorang calon temuduga itu cuba menggunakan pengaruh orang tertentu dalam jabatan atau kementerian tersebut yang mana tindakannya mampu merubah/mempengaruhi keputusan pemilihan calon temuduga disektor awam ini.

Apa yang boleh saya saya katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan. “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Abu tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Akan tetapi sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak! Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Bukan semua, tapi ada la…Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Dilaporkan, calon temuduga yang ada saudara – mara yang berpengaruh (orang dalam) dalam sektor awam, akan cuba menggunakan pengaruh saudara – mara mereka untuk membantu kejayaan mereka semasa temuduga. Kadang kala, saya tidak hairan jika terjumpa kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’….

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan..Cuba anda fikir – fikirkan..

Sekarang saya bercerita pula mengenai penggunaan ‘kabel’ dalam temuduga bagi sektor awam di peringkat persekutuan. Anda setuju tak jika saya katakan bahawa ianya amat – amat tidak berkesan. Ya, tidak berkesan! Mengapa? Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai – pegawai berkenaan. Mereka amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon. Jadi tidak hairanlah jika calon itu menggunakan kabel ‘besar mana’ sekalipun mereka tetap tidak berjaya. Saya pernah lihat seorang anak orang besar dalam Jabatan kerajaan yang cuba menggunakan penagaruh bapanya untuk berjaya mendapat jawatan yang diidamkannya. Adakah dia berjaya? Tidak sama sekali..Memang banyak dari tinjuan saya mereka yang menggunakan ‘ kabel’ ini di peringkat persekutuan tidak berjaya. Tapi ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Tidak kira berjaya atau tidak, soalan saya kepada anda adalah
“sanggupkah anda memperolehi kerja dengan cara yang tidak jujur, di mana ianya akan menjadi sumber rezeki utama bagi anda sehingga masa tua anda”

Apapun jawapan anda, renung – renungkanlah…

Dalam Islam, kita dinasihatkan untuk mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak shubhah. Rezeki Allah ada di mana – mana saja, terpulang kepada kita untuk mencarinya.

Biarkan orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah anda terlalu memikirkannya kerana ianya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda. Lapangkan hati anda untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Tuhan ini.

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk anda.

Apapun anda boleh memberikan komen, pandangan ataupun nasihat berkenaan topik ini
supaya dapat dibaca dan dikongsikan oleh pembaca – pembaca lain.

Sekian,

assalamualaikum…

Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan
pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun
begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak.
Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya
ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti
biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan
tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan
keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan
yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran
ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan
dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk
mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat
surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin
minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin
meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya
tidak pernah menghadiri temuduga.

Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung
putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar
sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail,
saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil
ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil,
saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi
salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah
saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan
ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukunegara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya. penemuduga bertanya
kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di
televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa
itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya
tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan
dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah
mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara
masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan
pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian
di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan
pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka
tentang isu ini. Saya juga tudak membangkang pendapat
mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka.
Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya
hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi,
saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini.
Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya
tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan
bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat
menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.”

Itu sahaja yang saya ucapkan.

————————————————————
Kisah temuduga 2
————————————————————

Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas.
grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew
permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam
tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang
bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat
,saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua
kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan
Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap
temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya
sedih , keluarga susah mak dan ayah cuma pesawah padi, dah
uzur…

Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat
sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya
mohon … hanya tuhan yang tahun penderitaan emosi, saya
selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana
tiada pekerjaan,, sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil
…pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang
besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan…
stress,,,,tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua
saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti..
saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat
dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit
dikalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya
juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon
dalam perkhidmatan awam …
Sayu dihati ni ,emak saya menangis melihat keadaan saya
kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar
,sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti
nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak
mampu ….

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan
ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal
dalam temuduga,,,,,
moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang
perlu saya lakukan sekarang,,,,

terima kasih

Amma

————————————————————
Kisah Temuduga 3
————————————————————

Kepada saudara Jamal.

Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya
Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin
kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya..
Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya
gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas
Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari
pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja
Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang
ditawarkan,,sebab saya memang inginkan kerja di Sektor
Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang
Saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus
Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah
bagus,Mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan
pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam..maka saya
pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji ,saya nak
memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan
melalui beberapa proses..

Setelah saya memiliki e-book tersebut ,,saya baca dari awal
hingga abis, sehingga paham ..oh.lupe pulak ,satu hal
lagi,,sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2
keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3minggu
Kemudian,, saya dapat panggilan dari Regency Specialist
Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada
saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esok nya saya
pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya,,gaya
Saya,,cara percakapan saya semua nya saya ikut daripada
E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da
bersedia dari awal,,ini semua berkat dari saya membaca
E-book tersebut..

Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris..
antaranya seperti please introduce your personal
in English,what you can do if you get this job ..ar lebih
Kurang cam 2 la soalan nye,,pulak tu saya tak boleh
berbahasa Inggeris dgn cekap..tp saya cuba menjawab soalan
Mereka dengan tenang,senyuman dan yakin.. Kadang2 kene
gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris
Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu..
Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks,,hope we can
Meet again at other time..hehe hentam saja lah..

Selang 3 hari,,saya dapat panggilan sekali lagi dari
Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry
Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss..
lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon
lain masa 2..

Emm..saya sekarang ni dalam opis,,kebetulan ada masa
terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil
Peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya ..

Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya
Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian
Saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum ,semasa dan
Selepas interview.. Btol tak??

So,,saya nak ucapkan terima kasih kepada en.Jamal kerana
menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum
dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book
Ini untuk dibuat rujukan ..

Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal
Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan
syarat..setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk
Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak
Baca..tak paham..dan tak praktikkan..

K bye..

————————————————————
Kisah Temuduga 4
————————————————————

Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin
itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah
daripada kita.Seperti saya, saya juga seorang yang
diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung
pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup
untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di
bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung
adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang
merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan
berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan
sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas
tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada
di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit
untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki
disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah
harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka
kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti
adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi
saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan
adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih
tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.

Sueri..

————————————————————
Kisah Temuduga 5
————————————————————

Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)

salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi
ni…

ok…citernya mcm ni…..

Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat
Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya
kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal…
saya kahwin dan ikut suami ke Kuala
Terengganu…

Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan
Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK
Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung
Warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh.
Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh
menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 islam
hadhari…samapai giliran saya di panggil, Ya
Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…

Soalan yang pertama di tanya mcm biasa…background
kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu
kahwin dan bercerai…
lastnyer bila penemuduga bertanya” mcm mana nak masuk kerja
kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM…lantas saya
menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh
bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm
BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…

Selepas daripada itu, siap la sessi temuduga saya…antara
ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama
ditemuduga.
Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan
tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie.
Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting
kita mesti berani mempertahankan hujah kita

————————————————————
Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan - versi dialek
SABAH)
————————————————————
helo encik jamal,,,

Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan
kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu
bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar smpai
degree.Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman
saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu
dalam degree akaun selama 4 thn..saya menjalani pratikal
ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan
diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai
tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun
semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat
part time di company ni jadi saya rasa mereka terus
mangambil saya.Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior
manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn
welfare pekerja.

Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki
Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred
41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya
yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya
dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam
w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti
cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg
kastam buat, tugas2 kastam..
awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn
audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal
adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau
mereka yg tegap, tinggi, kuat..
dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik
teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya
tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya
tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan
diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika
wakil jabtan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb
berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2
panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just
menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi
berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga
ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview,
kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik
interview dekat 45 minit..

Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm
doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk
lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn
dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam
diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai
penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita
berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita.Saya bersyukur
sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah
diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau
kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview,
mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memebri
soalan yg kita tahu nak jawab.

semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk
jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke
SABAH an..
sekian..

Related Posts with Thumbnails