Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Bukan kabel wayar tu ye tapi ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Betul ke macam tu?

Kalau betul, memang tidak adil langsung! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tak jujur.

Kalau saya, saya amat marah juga! Tapi apa boleh buat…

Sebelum kita berbincang selanjutnya mengenai ‘kabel’ ini, apakata saya berikan pandangan saya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian saya mengenai isu ‘kabel’ ini.

‘Guna Kabel’ – bermaksud seseorang calon temuduga itu cuba menggunakan pengaruh orang tertentu dalam jabatan atau kementerian tersebut yang mana tindakannya mampu merubah/mempengaruhi keputusan pemilihan calon temuduga disektor awam ini.

Apa yang boleh saya saya katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan. “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Abu tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Akan tetapi sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak! Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Bukan semua, tapi ada la…Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Dilaporkan, calon temuduga yang ada saudara – mara yang berpengaruh (orang dalam) dalam sektor awam, akan cuba menggunakan pengaruh saudara – mara mereka untuk membantu kejayaan mereka semasa temuduga. Kadang kala, saya tidak hairan jika terjumpa kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’….

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan..Cuba anda fikir – fikirkan..

Sekarang saya bercerita pula mengenai penggunaan ‘kabel’ dalam temuduga bagi sektor awam di peringkat persekutuan. Anda setuju tak jika saya katakan bahawa ianya amat – amat tidak berkesan. Ya, tidak berkesan! Mengapa? Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai – pegawai berkenaan. Mereka amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon. Jadi tidak hairanlah jika calon itu menggunakan kabel ‘besar mana’ sekalipun mereka tetap tidak berjaya. Saya pernah lihat seorang anak orang besar dalam Jabatan kerajaan yang cuba menggunakan penagaruh bapanya untuk berjaya mendapat jawatan yang diidamkannya. Adakah dia berjaya? Tidak sama sekali..Memang banyak dari tinjuan saya mereka yang menggunakan ‘ kabel’ ini di peringkat persekutuan tidak berjaya. Tapi ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Tidak kira berjaya atau tidak, soalan saya kepada anda adalah
“sanggupkah anda memperolehi kerja dengan cara yang tidak jujur, di mana ianya akan menjadi sumber rezeki utama bagi anda sehingga masa tua anda”

Apapun jawapan anda, renung – renungkanlah…

Dalam Islam, kita dinasihatkan untuk mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak shubhah. Rezeki Allah ada di mana – mana saja, terpulang kepada kita untuk mencarinya.

Biarkan orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah anda terlalu memikirkannya kerana ianya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda. Lapangkan hati anda untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Tuhan ini.

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk anda.

Apapun anda boleh memberikan komen, pandangan ataupun nasihat berkenaan topik ini
supaya dapat dibaca dan dikongsikan oleh pembaca – pembaca lain.

Sekian,

Related Posts with Thumbnails